KAFEINA
Kafeina ialah sebatian
kimia
yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohya biji kopi, teh, biji koko, buah kola
(Cola nitida), guarana,
dan maté.
Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai peransang
kepada sistem saraf pusat (CNS), jantung, dan
pernafasan. Kafeina juga bersifat diuretik
(iaitu boleh dikumuh melalui air
kencing).
Sifat Kimia
Sifat Fizikal
|
Nilai
|
Titik
Beku:
|
238 °C
|
Titik
Didih:
|
178 °C
(Pemejalwapan)
|
Graviti
Tentu:
|
1.2
|
Tekanan
Wap:
|
|
Kemeruapan:
|
0.5%
|
Ketumpatan
Wap:
|
6.7
|
Berat
Molekul:
|
197.19
|
2.17%
|
|
pH:
|
6.9 (1%
larutan)
|
Kafeina
ialah alkaloid yang
tergolong dalam keluarga methylxanthine bersama
sama sebatian tefilina dan teobromina. Pada
keadaan asal, kafeina ialah serbuk putih yang pahit. Formula kimianya ialah C6 H10 N4 O2 dan
nama sistematik kafeina ialah:
|
Metabolisme dan ketoksikan
Kafeina
menyekat reseptor
adenosina
di otak.
Adenosina ialah sebatian nukleotida yang
berfungsi mengurangkan aktiviti sel saraf
apabila tertambat pada sel tersebut. Seperti adenosina, molekul kafeina
juga tertambat pada reseptor yang sama, tetapi kesannya berbeza. Kafeina tidak
akan memperlahankan aktiviti sel saraf/otak sebaliknya menghalang adesonina
untuk berfungsi. Kesannya aktiviti otak meningkat yang mengakibatkan hormon epinefrina dirembes.
Hormon tersebut akan menaikkan kadar denyutan jantung, meninggikan tekanan
darah,
menambah penyaluran darah
ke otot-otot,
mengurangkan penyaluran darah ke kulit dan organ dalaman, dan
mengeluarkan glukosa
daripada hati. Tambahan, kafeina juga menaikkan aras neurotransmitter
dopamine
di otak.
Kafeina
boleh dikeluarkan daripada otak dengan cepat, tidak seperti alkohol atau
peransang CNS yang lain. Tambahan lagi, kafeina tidak mengganggu fungsi mental
tinggi dan tumpuan otak. Pengambilan kafeina secara berterusan akan menyebabkan
badan menjadi toleren dengan kehadiran kafeina. Oleh itu, jika pengambilan
kafeina diberhentikan (proses sebegini dinamakan "penarikan" atau
"tarikan"), badan menjadi terlalu sensitif terhadap adenosina
menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak yang seterusnya mengakibatkan sakit
kepala
dan sebagainya. Kajian terbaru mendakwa kafeina boleh mengurangkan risiko
penyakit Parkinson,
tetapi dakwaan tersebut masih belum memerlukan kajian mendalam.
Terlalu
banyak kafeina boleh menyebabkan intoksikasi kafeina
(iaitu kemabukan akibat kefeina). Antara simptom penyakit ini ialah
keresahan, kerisauan, insomnia,
keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalah gastrointestial.
Simptom-simptom ini boleh berlaku walaupun hanya 250mg kafeina diambil. Jika
lebih 1 g kafeina diambil dalam satu hari, simptom seperti sentakan otot (muscle
twitching), kekusutan fikiran dan pertuturan, aritmia kardium (gangguan
pada denyutan jantung) dan penggoncangan psikomotor (psychomotor
agitation) boleh berlaku. Intoksikasi kafeina juga boleh mengakibatkan
kepanikan dan penyakit kerisauan.
Walaupun
masih selamat bagi manusia, kafeina, teofilina dan teobromina adalah lebih
toksik kepada sesetengah haiwan
seperti kucing dan anjing kerana
perbezaan dari segi metabolisme hati.
Molekul kafeina