Selasa, 23 April 2013



KAFEINA



Kafeina ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté. Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai peransang kepada sistem saraf pusat (CNS), jantung, dan pernafasan. Kafeina juga bersifat diuretik (iaitu boleh dikumuh melalui air kencing).

Sifat Kimia
Sifat Fizikal
Nilai
Titik Beku:
238 °C
Titik Didih:
178 °C (Pemejalwapan)
Graviti Tentu:
1.2
Tekanan Wap:
760 mm Hg @ 178 °C
Kemeruapan:
0.5%
Ketumpatan Wap:
6.7
Berat Molekul:
197.19
Keterlarutan dalam Air:
2.17%
pH:
6.9 (1% larutan)


Kafeina ialah alkaloid yang tergolong dalam keluarga methylxanthine bersama sama sebatian tefilina dan teobromina. Pada keadaan asal, kafeina ialah serbuk putih yang pahit. Formula kimianya ialah C6 H10 N4 O2 dan nama sistematik kafeina ialah:
  • 1,3,7-trimethylxanthine
  • 3,7-dihydro-1,3,7-trimethyl-1 H-purine-2,6-dione



Metabolisme dan ketoksikan
Kafeina menyekat reseptor adenosina di otak. Adenosina ialah sebatian nukleotida yang berfungsi mengurangkan aktiviti sel saraf apabila tertambat pada sel tersebut. Seperti adenosina, molekul kafeina juga tertambat pada reseptor yang sama, tetapi kesannya berbeza. Kafeina tidak akan memperlahankan aktiviti sel saraf/otak sebaliknya menghalang adesonina untuk berfungsi. Kesannya aktiviti otak meningkat yang mengakibatkan hormon epinefrina dirembes. Hormon tersebut akan menaikkan kadar denyutan jantung, meninggikan tekanan darah, menambah penyaluran darah ke otot-otot, mengurangkan penyaluran darah ke kulit dan organ dalaman, dan mengeluarkan glukosa daripada hati. Tambahan, kafeina juga menaikkan aras neurotransmitter dopamine di otak.
Kafeina boleh dikeluarkan daripada otak dengan cepat, tidak seperti alkohol atau peransang CNS yang lain. Tambahan lagi, kafeina tidak mengganggu fungsi mental tinggi dan tumpuan otak. Pengambilan kafeina secara berterusan akan menyebabkan badan menjadi toleren dengan kehadiran kafeina. Oleh itu, jika pengambilan kafeina diberhentikan (proses sebegini dinamakan "penarikan" atau "tarikan"), badan menjadi terlalu sensitif terhadap adenosina menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak yang seterusnya mengakibatkan sakit kepala dan sebagainya. Kajian terbaru mendakwa kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson, tetapi dakwaan tersebut masih belum memerlukan kajian mendalam.
Terlalu banyak kafeina boleh menyebabkan intoksikasi kafeina (iaitu kemabukan akibat kefeina). Antara simptom penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalah gastrointestial. Simptom-simptom ini boleh berlaku walaupun hanya 250mg kafeina diambil. Jika lebih 1 g kafeina diambil dalam satu hari, simptom seperti sentakan otot (muscle twitching), kekusutan fikiran dan pertuturan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan penggoncangan psikomotor (psychomotor agitation) boleh berlaku. Intoksikasi kafeina juga boleh mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.
Walaupun masih selamat bagi manusia, kafeina, teofilina dan teobromina adalah lebih toksik kepada sesetengah haiwan seperti kucing dan anjing kerana perbezaan dari segi metabolisme hati.


Molekul kafeina

Fail:Koffein - Caffeine.svg

Tidak ada komentar:

Posting Komentar